SALAM UKHWAH FILLAH.MOGA UKHWAH YANG TERJALIN DIREDHAI الله :)

MALAIKAT TIDAK MASUK KENDERAAN YANG ADA PATUNG !

Assalamualaikum..
Tidak kira di mana sahaja, setiap masa dan tempat kita memohon supaya sentiasa di beri perlindungan dan keberkatan oleh Allah yang Maha Esa, sama ada di rumah, pejabat, kenderan dan sebagainya. Ini kerana apabila sentiasa di bawah keberkatan Allah s.w.t, kita akan sentiasa dalam keadaan selamat dan sejahtera. Bagi mendapatkan keberkatan ini, Islam telah mengajar umat Islam untuk sentiasa melazimi berzikir, berdoa dan membaca al-Quran . Namun begitu terdapat sebuah hadis yang memberitakan bahawa sesebuah rumah tidak akan dimasuki oleh malaikat jika terdapat anjing dan patung. Abu Talhah al-Ansari, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung (Riwayat Muslim) Menurut ulamak, patung yang dimaksudkan ialah patung yang diletak atau digantung untuk tujuan perhiasan. Jika patung tersebut untuk dijadikan permainan maka ia dibolehkan. Perbuatan menggantung patung (berbentuk haiwan atau manusia) adalah menyerupai perbuatan agama lain yang menjadikan patung ini sebagai objek sembahan dan alat tawasul untuk memohon permintaan. Oleh sebab itu, bagi mengelakkan melakukan unsur-unsur syirik dan juga penghalang daripada malaikat rahmat masuk kedalam sesebuah tempat (malaikat maut tetap masuk), maka semua patung-patung yang dijadikan perhiasan tersebut perlu dibuang atau menjadi alat permainan sahaja. Pada masa kini, kita dapati banyak patung sama ada kecil ataupun besar yang di letak dan di gantung untuk tujuan perhiasan seperti di dalam rumah dan meja pejabat dan sebagainya. Pelbagai istilah dan nama yang diberikan kepada patung-patung ini, seperti bear, hello kitti, dan seumpamanya. Begitu juga tidak ketinggalan, patung-patung ini di gantung di cermin-cermin kereta sebagai perhiasan, yang beranggapan kereta lebih nampak menarik dan anggun. Tetapi sedarkah kita, jika merujuk hadis di atas, malaikat rahmat tidak akan masuk kereta, sebaliknya syaitan yang mengambil tempat malaikat tersebut. Mungkin kerana malaikat tidak masuk kenderaan, seterusnya tiada keberkatan daripada Allah s.w.t maka banyak berlaku kemalangan di jalan raya. Wallahu a’lam.
COPY DAN SHARE YER :) SEBARKAN JIKA BERMANFAAT..SYUKRAN :)

WASIAT TERAKHIR PEMUDA SAUDI YANG MATI SYAHID DI SYRIA !

Assalamualaikum..
Salah seorang pemuda yang berasal dari Saudi, Muhammad Salim El-Harbi yang dikurniakan syahid di bumi Syria dalam satu pertempuran dengan askar dan tali barut Basyar di Lazaqiyah, Syria pada 7 Ramadhan 1433 bersamaan 26 Julai 2012. Beliau sempat menulis sepucuk surat berupa wasiat buat keluarganya: “Kepada bonda yang tercinta, kepada ayahanda dan sekalian keluarga. Demi Allah! Saya tidak mengharapkan sesuatu kecuali redha Tuhan, bantuanNya buat agama kita, cintakan kepada jihad dan menuntut syahid. Dengan izin Allah, saya akan memberikan syafaat buat kalian semua. Ketahuilah! Bahawa mati itu tidak dapat ditolak sesiapapun walaupun kalian cuba menghalang kematian daripada saya, jika dia (mati) datang maka saya tidak dapat keluar. Ketahuilah! Bahawa jihad itu tidak akan dapat mempercepatkan atau melewatkan kematian seseorang. Firman Allah (Setiap umat itu mempunyai ajal, apabila datang ajal mereka tidak akan disegerakan atau dilewatkan walau satu saat.) Wahai ibu! Bersabarlah! Bukannya saya seorang bahkan ramai dari kalangan pemuda-pemuda yang telah mendahului saya ke bumi jihad, dari kalangan mereka ialah Abdul Majid Mohammed, Himad dan ramai lagi. Ramai dikalangan mereka yang memperolehi nikmat di akhirat dan dikurniakan syahid. Ketahuilah wahai ibu! Bahawa kehidupan tidak lagi bermakna buat saya, saya tidak mampu hidup lagi sedang saya melihat umat Islam dihina. Saya juga tidak dapat lagi mendengar tentang kehidupan ini sedang saya melihat saudara-saudara saya mendahului berjihad serta memperoleh syahid. Maka tidak dapat tidak perlu berjihad, maka tiada kehidupan melainkan dengan jihad. Akan tetapi jalan Allah tidak pernah menyempitkan jalan saya kepadaNya.” Ditulis oleh Muhammad Salim El-Harbi.
COPY DAN SHARE YER :) SEBARKAN JIKA BERMANFAAT..SYUKRAN :)

HIKMAH LARAGAN BERNAFAS KETIKA MINUM

Assalamualaikum...
Dalam Islam pelbagai adab dan tatacara ada diajar hatta dalam minum sekalipun. Sebagai umat Islam, kita dituntut supaya sentiasa berada dalam apa jua perkara. Sebagai contoh tentang hikmah larangan bernafas ketika minum air. Mengapakah kitadilarang untuk bernafas ketika sedang minum air? Adakah cara itu salah? Ikuti ulasan di bawah ini. Sebuah riwayat dari Tsumamah bin Abdullah menyebutkan, “Dahulu Anas bin Malik RA pernah bernafas di dalam bejana dua kali atau tiga kali, dan dia mengira Nabi SAW pernah melakukan hal itu.” (HR. Bukhari) Riwayat lain dari Abu Qatadah dan bapanya mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Apabila salah seorang di antara kamu minum, maka janganlah ia bernafas di bejana (gelas).” “Dan jika salah seorang dari kamu buang air kecil maka janganlah ia memegang dzakar (kemaluannya) dengan tangan kanannya, jika membersihkan maka jangan membersihkan dengan tangan kanannya.” (HR. Bukhari). Sebahagian ulama mengatakan bahawa larangan bernafas di dalam bejana ketika minum sama seperti larangan ketika makan dan minum,sebab hal itu boleh menyebabkan keluarnya ludah sehingga boleh menjejaskan kebersihan air minum tersebut. Keadaan ini apabila dia makan dan minum dengan orang lain. Adapun bila ia makan sendirian atau bersama keluarganya atau dengan orang yang tidak terganggu dengan caramu tersebut, maka hal itu tidak mengapa. Imam Ibn Hajar Al-Asqalani pernah berkata, “Dan yang lebih bagus adalah menguatkuasakan larangan hadis Nabi tersebut, sebab larangan itu bukan untuk menghormati orang yang layak dihormati ataupun untuk mendapat penghargaan dari orang lain.” Imam Al-Qurtubi menambah pula, makna larangan itu adalah supaya bejana dan air tersebut tidak tercemar dengan air liur atau pun bau yang tidak sedap. (Fathul Bari, 10/94). Demikianlah penjelasan para ulama kita. Para pakar kontemporari pun telah berusaha mengorek hikmah atas larangan tersebut. Mereka mengatakan ini adalah petunjuk yang indah yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW dalam menyempurnakan akhlak.
COPY DAN SHARE YER :) SEBARKAN JIKA BERMANFAAT..SYUKRAN :)

LELAKI BERJALAN SEJAUH 5,700 KM DEMI MENUNAIKAN HAJI

Assalamualaikum...
SARAJEVO : Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara. “Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya,” kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon. Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram. Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing. “Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan. “Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya,” ujar Senad. “Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya,” tambah lelaki itu. Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq. Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan. Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji.
COPY DAN SHARE YER :) SEBARKAN JIKA BERMANFAAT..SYUKRAN :)

POKOK MEMBENGKOK DEMI MENGELAK KERETA SEORANG USTAZ !

Assalamualaikum...
Cerita seorang penulis facebook dapat dari Europe sangat menarik. Kali ini kisah seorang wali keturunan Bani Mu'awiyah yang kini hidup sebagai orang biasa, mengajar di sekolah Islam biasa di London, mengalami kejadian yang menakjubkan.
Satu hari berlaku ribut taufan dan sebatang pokok telah tumbang di laman depan rumahnya. Dia sangka anjung rumah dia akan rosak, apatah lagi keretanya. Namun, dalam bencana itu, dia tetap reda kalau jadi apa-apa. Apabila dia keluar dan melihat apa yang terjadi, dia tak percaya. Anjung rumahnya tak rosak dan keretanya seolah-olah 'diselamatkan' oleh malaikat.
Batang pokok itu membengkok agar tidak mengenai bahagian belakang kereta beliau. Kelihatan dalam gambar beliau cerita sepatutnya trajektori pokok itu akan hempap dan batang pokok itu seingat dia lurus. Kalau tak silap lah, katanya. Tapi dah tumbang jadi bengkok.
COPY DAN SHARE YER :) SEBARKAN JIKA BERMANFAAT..SYUKRAN :)

 
© Copyright | All Right Reserved by Owner